Press Release

Press Release

Latest News

Persatuan Ain (AIN) telah mendapatkan perkhidmatan profesional syarikat pakar pemasaran di Facebook iaitu Search Marketing Sales bagi satu projek Mencari Dana (Fund Raising) AIN melalui wadah terbaru iaitu Facebook,yang akan bermula pada akhir bulan ini.

Projek ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah Pusat untuk pesakit-pesakit barah,yang dinamakan Serenity Centre atau Pusat Ketenangan.AIN telah mengenal-pasti bawah kolong flat di Eunos Cresent untuk Pusat tersebut.Kelulusan awal dari pihak berkuasa untuk projek ini telah diperolehi.Kos membina Serenity Centre dianggarkan berjumlah hampir $700,000.Ini mendorong AIN mengorak langkah memperhebatkan projek-projek mencari dana pembinaan Serenity Centre.Apabila siap kelak,semua program dan perkhidmatan yang dianjurkan untuk pesakit-pesakit barah di ruang serbaguna AIN di 20 Joo Chiat Road akan dialihkan ke Serenity Centre yang lebih besar (400 meter persegi) dan selesa,seawal-awalnya pada suku pertama tahun hadapan.

 

Encik Muhammad Zulkifli Rahmat,pengasas dan Pengarah Syarikat Search Marketing Sales,telah bertemu dengan pihak pengurusan AIN baru-baru ini dan bersetuju untuk melakar strategi pemasaran untuk AIN di Facebook dan menjalankannya selama 6 bulan bagi mengumpul dana secara online untuk Serenity Centre di mana penderma boleh buat derma secara online.Sokongan masyarakat amat diharapkan.

 

AIN telah memutuskan untuk mencuba mencari dana secara online melalui Facebook atas tiga sebab seperti yang diterangkan di bawah ini :-

  Pertama,Facebook membentuk sebuah wadah yang belum dimaksimakan dari segi mencari dana di Singapura,dibandingkan dengan negara Amerika Syarikat.Potensi dan peluang besar tersedia di Facebook kerana hampir 2.6 juta pengguna Facebook adalah dari Singapura (sumber - http://www.socialbakers.com/facebook-statistics/singapore).Pengguna Facebook di Singapura yang berumur antara 25 tahun hingga 34 tahun membentuk sebesar bahagian atau (32%) (seramai 832,934 pengguna)dari jumlah penuh pengguna Facebook di Singapura.Peringkat umur yang lain pula ialah 18 tahun hingga 24 tahun (26%) dan 35 tahun hingga 44 tahun (18%) .Ketiga-tiga peringkat umur ini membentuk hampir 2 juta pengguna kesemuanya dan lebih separuh dari golongan mereka tentulah sudah bekerja.Seperkara lagi,nisbah lelaki berbanding wanita adalah serupa.

 

  Kedua,alat sosial media seperti Facebook membenarkan sesuatu berita atau maklumat tersebar dengan cepat sekali di alam maya apabila pengguna-penggunanya  berkongsi berita di laman Facebook mereka sendiri.Selain dari kecepatan maklumat/berita disebar,tiada kos yang dikenakan untuk menyebarkan maklumat/berita menjadikan Facebook sangat menarik untuk menjadi wadah mencari dana.

 

  Ketiga dan akhir sekali,AIN berasa bertuah dapat menggunakan perkhidmatan Encik Zulkifli Rahmat untuk projek ini kerana beliau memang pakar dalam bidang ini.AIN percaya dengan kehadiran dan bantuan beliau,projek ini boleh berjalan dengan lancar dan lebih $100,000 diharap dapat dikumpulkan dalam masa enam bulan,insya Allah.

 

Di kesempatan ini,kami ingin merayu kepada semua anggota masyarakat supaya membantu kami mendirikan Pusat Ketenangan ini untuk pesakit-pesakit barah yang mendambakan sokongan berstruktur dan kukuh,yang telah kami berikan kepada mereka selama ini secara terhad disebabkan tempat yang kecil dan prasarana yang terhad juga.

Orang ramai boleh menderma secara online melalui lelaman kami di Facebook iaitu di alamat alam maya www.facebook.com/ainsociety.Kad kredit dan debit boleh digunakan untuk membuat derma.Selain itu,mereka yang mempunyai akaun PayPal boleh gunakan akaun tersebut untuk menderma secara online.Kempen ini akan bermula pada akhir bulan Nov ini untuk selama 6 bulan.

Bagi pihak pesakit-pesakit barah kami yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak,kami ucapkan jutaan terimakasih di atas ihsan dan derma anda.Kami juga menjunjung tinggi sokongan yang telah diberikan oleh pihak media yang membantu menyebarkan kempen ini kepada umum.

 

Contact Persons

1. Idham Othman
    Penolong Pengarah, Persatuan Ain
    20 Joo Chiat Road,#02-06,
    Singapore 427357
    Tel : 6342 4837 HP : 91096191 Emel : idham@ainsociety.org.sg

 

2. Muhammad Zulkifli Rahmat
    Pengasas dan Pengarah,Search Marketing Sales
    160 Paya Lebar Road,Orion Building,# 02-06
    Singapore 409022
    Tel : 6744 4500 HP : 83230466 Emel : zul@searchmarketingsales.com

 

Rujukan

http://www.socialbakers.com/profile-of-authors

Socialbakers.com is one of the biggest social media statistics portals in the world,covering a wide range of social media statistics.We specialize in statistics for : Facebook in different countries,Facebook pages,Facebook applications,Developers on the Facebook platform,as well as Facebook advertising prices,Linkedln in different countries,Twitter users.

 

On top of this data,Socialbakers is in the right position to create advanced monitoring technologies like Socialbakers Page Analytics,which is now used by many brands both globally and locally to measure their Facebook presence.