
Yaacob : Famili Melayu Kini Lebih Stabil
BERITA HARIAN (19/6/2011)
Keluarga Melayu/Islam kini lebih stabil dan berdaya tahan dalam mengharungi cabaran dan ini terbukti dengan kadar perceraian pasangan Melayu/Islam dan perkahwinan pasangan bawah umur yang kian berkurangan.Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,Dr Yaacob Ibrahim,berkata pengurangan itu sekali gus dapat membantu usaha masyarakat Melayu/Islam mengukuhkan lagi institusi perkahwinan dan keluarga.Menurutnya,kadar perceraian pasangan islam turun 17 peratus daripada 1,944 pada 2006 kepada 1,626 tahun lalu,manakala kadar perkahwinan bawah umur berkurangan 35 peratus daripada 440 kepada 285 dalam tempoh yang sama.
Berucap di acara sambutan hari bapa yang buat kali pertama dianjurkan Persatuan Ain semalam,Dr Yaacob berkata institusi keluarga merupakan tunggak masyarakat dan "kita harus memastikan ia kekal utuh dengan memberikan sokongan padu pada inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan di peringkat pertubuhan masyarakat dan nasional" Beliau,yang hadir selaku tetamu terhormat di majlis di Hotel Furama City Centre itu selanjutnya berkata badan-badan Melayu/Islam juga harus bergading bahu memanfaatkan kelebihan masing-masing dalam usaha mempertingkatkan daya tahan keluarga.
Dr Yaacob juga menggalak mereka supaya memanfaatkan inisiatif di peringkat nasional bagi memupuk keharmonian keluarga."Ini adalah tanggungjawab bersama pertubuhan masyarakat dan badan-badan nasional.Saya gembira Persatuan Ain mengorak langkah dalam usaha ini,"Kata Dr Yaacob yang juga Menteri Penerangan,Perhubungan dan Kesenian.Dalam ucapannya,beliau memberi contoh pergerakan 'Dads 4 Life' atau pergerakan Bapa Sepanjang Hidup yang disokong Kementerian Pembangunan Masyarakat,Belia dan Sukan (MCYS).
Pergerakan itu bertujuan memberi inspirasi kepada para bapa agar menjadi pengaruh positif dalam kehidupan anak-anak mereka,sebagai sati inisiatif yang dapat dimanfaatkan badan-badan Melayu/Islam.Menrut beliau,pergerakan itu juga menyokong penglibatan bapa dalam pembangunan anak-anak dari segi kognitif,emosi,psikologi dan pencapaian akademik.Beliau juga menyentuh tentang Rangkaian Bertindak Para Bapa (FAN) yang turut dianggotai wakil daripada badan-badan seperti Yayasan Mendaki dan Persatuan Adam,yang giat berusaha meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab bapa dan peranan mereka dalam masyarakat.Dalam majlis tersebut,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain,Haji Mohd Yusof Ismail,pula berkata acara Hari Bapa itu akan diadakan setiap tahun bagi menghargai pengorbanan golongan bapa.
TABAH JAGA DUA 'ANAK ISTIMEWA'
Sebagai seorang yang membawa pulang kuran $1,000 sebulan untuk menyara isteri dan dua anaknya,Encik Ghazali Suairi tidak mambu berbelanja besar.Bagi bapa dua 'anak istimewa' itu,santapan harian yang 'biasa-biasa' sahaja dan peluang meluangkan masa ke kedai atau ke tepi pantai bersama keluarga pada hujung minggu cukup membuatnya bahagia.Namun jauh di lubuk hatinya beliau tabah dan sentiasa memikirkan cara memperbaiki kehidupan keluarganya.
Ini lebih-lebih lagi anak sulungnya,Md Saifullah,13 tahun,didapati mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang rendah,manakala anak bongsunya pula,Md Syafiq,11 tahun,menghidap epilepsy kronik sejak diserang sawan pada usia tiga tahun."Bila boleh,saya akan kerja lembur untuk dapatkan nafkah tambahan.Saya juga telah dapatkan lesen memandu kelas tiga,jadi saya boleh jadi pemandu teksi," kata Encik Ghazali,48 tahun,yang bekerja sebagai pengawal kawalan serangga perosak.
Malah isterinya,Cik Zanizah Aziz,42 tahun,turut sama mengambil lessen memandu agar dapat sama-sama memandu teksi bersama suaminya secara bergilir-gilir.Kisah Encik Ghazali itu menambat hati para juri dan beliau dipilih sebagai Ayah Qudwah Hasanah atau Ayah Contoh Terbaik di acara sambuatan Hari Bapa Persatuan Ain semalam-anugerah yang julung-julung kalinya diadakan.Beliau membawa pulang sebuah televisyen LCD 32 inci dan wang tunai $300.



