
Soal Cari Kerja Isu Sensitif Dalam Kejiranan Pantai East Coast
BERITA HARIAN (6/12/2009)
Tubuh mereka masih kelihatan tegap dan sihat ,walaupun usia sudah melewati 50 tahun.Pada usia tersebut kebanyakan rakyat singapura masih bekerja untuk menyara hidup keluarga.Namun,apabila wartawan bertanyakan soal kerja kepada pasangan suami isteri,Encik Ameir Nudin,54 tahun,dan Cik Junaidah Embok,wajah mereka berubah.Dengan nada suara yang meninggi,Encik Amier berkata: "Bukan kami tak nak kerja,tapi macam mana nak kerja kalau taka da rumah?Siapa yang nak jaga barang kami bila kami keluar kerja? "Saya dan isteri perlu ada rumah stabil,barulah otak kami tenang dan dapat langsung tidak berusaha. "Bila perlu,kami jual barang-barang terpakai di Sungai Road.
Pendapatan tak menentu,kadang-kadang $10,lain masa $30,ikut nasib,"katanya.Sudah lebih dua bulan pasangan tersebut menjadi penghuni khemah di tepi pantai East Coast.Apabila wartawan datang bertemu bertemu mereka,pasangan itu mulanya agak mesra dan sedia bercerita tentang 'masyarakat'pantai di East Coast itu.Daripada 'peraturan'kejiranan di situ hinggalah latar belakang ringkas jiran-jiran mereka,pasangan itu begitu mesra menceritakan segalanya kepada Berita Minggu(BM).Encik Amier,yang dulu pernah bekerja sebagai buruh kasar,berkata beliau telah berjumpa Anggoat Parlimen (AP) untuk mendapatkan bantuan perumahan,tetapi masih menunggu jawapan.
Sebelum ini pasangan itu pernah menyewa sebuah flat di kawasan Balam Road,tetapi memberi alasan terpaksa keluar selepas sewa nya dinaikkan.Jiran terdekat mereka di pantai tersebut,Encik Mohd San Ab Gani,53 tahun dan isterinya ,Cik Juwairiah Ramli,47 tahun,pula menampilkan emosi yang jauh berbeza.Dengan tidak berbaju,Encik Mohd San memerhatikan sahaja gelagat jirannya,Encik Ameir,bercerita kepada wartawan BM.Mungkin,setelah lebih dua tahun tinggal di pantai,beliau dan isterinya kini sudah pasrah."Apa lagi yang nak kita cakap,keadaan tak akan berubah.
Doakan sajalah kami dapat ruma sewa secepat mungkin,"Kata Encik Mohd San,yang bekerjasebagai pekerja pembersihan dengan gaji kira-kira $20 sehari.Setelah ditanya berulang kali,Encik Mohd San menerangkan beliau hilang tempat berteduh selepas berpisah dengan isterinya lebih dua tahun lalu.Beliau kemudian bernikah dengan Cik Juwairiah,yang berasal dari Palembang,Indonesia.Ditanya adakah beliau tidak risau tinggal di pantai sejak sekian lama,Encik Mohd San menjawab beliau tidak mempunyai pilihan lain.Beliau juga enggan memberitahu sama ada beliau pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak."Saya tak ada duit CPF untuk beli rumah.Isteri saya tak kerja dan perlu kerap balik ke Indonesia untuk cap passport."Kami hidup dari hari ke hari..berserah sajalah,"katanya.
TIDAK PERLU HIDUP MEREMPAT,TAPI....
Usia Cik Mona tidaklah tua sangat.Baru sekitar 50-an tahun.Tambahan pula,beliau mempunyai dua orang anak dewasa dan kedua-duanya sudah bekerja.Seorang lelaki berusia 27 tahun,bekerja sebagai pekerja sambilan dengan sebuah syarikat kargo; dan anak perempuan,20 tahun sebagai kerani sambilan di sebuah lagi syarikat kargo berlainan.Masing-masing membawa pulang sekitar $600 sebulan.Jika dikira-kira ,Cik Mona tidak perlu hidup merempat,sebab ramai lagi keluarga yang mungkin lebih susah berbanding dirinya,tetapi tetap mempunyai tempat tinggal.
Sukar untuk difahami bagaimana beliau tiga beranak kini melarat di tepi pantai Changi,tempat kediaman mereka sejak enam bulan lalu.Cik Mona mendakwa beliau sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah tangganya yang dibina lebih 20 tahun lalu berakhir awal tahun ini.Beliau enggan bercerita lanjut mengenai kemana perginya hasil penjualan flatnya itu atau mengapa beliau tidak menumpang di rumah saudara mara.Ketika ditemui wartawan BM,Cik Mona (bukan nama sebenar) asyik termenung jauh,sambil memeluk beg plastic yang mengandungi pakaian dan keperluan asas beliau.
Sepanjang perbualan kami,air matanya tidak henti menitis dan beliau perlu kerap berhenti untuk mengesat pipi dengan tudungnya.Ibu dua orang anak ini sebak memikirkan nasib beliau yang merempat.Sejak enam bulan lalu,sebuah pondok di pantai Changi telah menjadi tempatnya berteduh bersama dua anaknya.Disimpan rapi di satu sudut ialah tiga keping kadbod tipis,yang digunakan tiga beranak itu sebagai tilam untuk tidur di waktu malam.Beliau telah beberapa kali dikenakan saman kerana berkhemah di pantai tanpa permit,lantas mereka sekeluarga sudah serik untuk memasang khemah.
Di atas bangku-bangku kecil di pondok itu pula,tersidai pakaian Cik Mona dan anak-anaknya.Ia dijemur di situ setelah dicuci di tandas awam berhampira."Kakak tak bole jemur secara terbuka sangat,nanti renjer datang.Tanpa khemah,mudah kami bergerak.Kalau renjer datang,kami angkat kaki jalan saja.Barang kami pun Cuma dua beg plastic ni,"katanya.Namun,Cik Mona menekankan,beliau yakin bahawa hidupnya tidak akan terus-menerus merempat.Menurutnya,mereka sekeluarga sedang mengumpul duit untuk membeli flat."Sekarang ni,CPF (Tabung Simpanan Pekerja) saya dan anak-anak belum cukup untuk beli rumah.Bayangkan kalau kami tak mampu bayar balik pinjaman dengan bank,nanti rumah kena rampas dan kami akan kembali ke pantai lagi."Kami tak salahkan sesiapa untuk keadaan kami sekeluarga ni,Cuma kami perlu sedikit masa untuk kumpul duit seberapa banyak supaya boleh beli flat sendiri,"katanya.



