
Persatuan Ain Tubuh Pusat Bagi Remaja Tercicir
BERITA HARIAN (5/5/2007)
Persatuan Ain akan menubuhkan sebuah pusat bagi remaja yang tercicir dari sekolah dengan kerjasama pertubuhan akar umbi Buki Batok East.Program yang dikenali sebagai Projek Gen Y itu akan Beroperasi menjelang pertengahan tahun ini dan bertempat di Bukit Batok.Projek ini akan membekalkan remaja tersebut dengan kemahiran-kemahiran untuk mempersiapkan mereka bagi alam pekerjaan.Minggu lalu,Perdana Menteri Encik Lee Hsian Loong mendedahkan bahawa seramai 6 peratus daripada setiap kohort murid darjah satu iaitu sekitar 2,400 hingga 3,000 orang tidak meneruskan pengajian ke peringkat posmenengah.
Menyahut cabaran PM Lee,Encik Ramli Puteh,Presiden Persatuan Ain,berkata dipelancaran Penambahan Dana Kerjasama Kelab Rotary dan Pertubuhan Ain Kelmarin."Program-program di pusat itu kami sasarkan kepada mereka yang tidak bersekolah dan tidak mempunyai pekerjaan."Ia akan menekankan kepentingan pendidikan dan masa yang sama menganjurkan kursus-kursus untuk mengasah bakat mereka seperti dalam bidang keusahawanan,muzik dan sebagainya." Untuk menokok dana bagi Projek Gen Y,Persatuan Ain dan kelab Rotary akan berkerjasama untuk memenuhi objektif bersama.
Usaha membantu remaja tercicir itu juga dialu-alukan Cik Halimah Yakob,Anggota Parlimen GRC Jurong yang juga penasihat pertubuhan akar umbi Bukit Batok East."EDB mereka sekitar 20,000 pekerjaan setiap tahun dan dua dalam tiga pekerjaan itu memerlukan pekerja-pekerja mahir dan profesianal."Mereka yang tidak mempunyai kelayakan atau kemahiran akan mendapati lebih sukar mendapatkan pekerjaan atau pekerjaan bergaji tinggi."Kata Cik Halimah semasa berucap selaku tetamu terhormat dipelancaran projek tersebut.
Beliau turut menyarankan pedekatan serampang dua mata dalam menangani masalah itu."Pertama,sekali kita harus memastikan bahawa pelajar-pelajar kekal disekolah dan tidak tercicir hingga mereka mendapatkan sekurang-kurangnya pendidikan posmenengah."saran beliau."Namun,bagi mereka yang sudah tercicir,kita harus menghulurkan bantuan kepada mereka untuk menarik mereka ke arus utama,cari tujuan dalam hidup,dapatkan kemahiran dan menjauhkan mereka daripada menjadi generasi pekerja bergaji rendah yang seterusnya."



