Persatuan Ain Buka Butik Fesyen

BERITA HARIAN (6/6/2008)

Bergaya dengan busana  terkini sambil beramal.Itulah konsep yang ingin di pelopori Persatuan Ain menerusi projek keusahawanan sosialnya yang terbaru berupa sebuah butik fesyen.Ia sebahagian cabang keusahawanan social persatuan itu,yang diberi nama Ain's Pte Ltd.Butik yang terletak hanya berapa pintu dari ibu pejabat Ain di No.20 Joo Chiat Road itu menawarkan pakaian dan aksesori lain seperti beg,kerongsang dan selendang.

Ketika ditemui baru-baru ini,Penolong Pengarah (Pembangunan Perniagaan)Ain,Cik Saemah Ali,menerangkan di samping menjadi  'tabung'  bagi memantapkan kewangan persatuan tersebut,butik Ain's juga menjadi wadah memperkasakan ibu-ibu tunggal."Butik  itu menyokong sekolah menjahit kami yang  menawarkan pelbagai  kursus  seperti menjahit baju kurung,Baju Melayu dan langsir."Peserta yang lulus berpeluang memanfaatkan kemahiran mereka dengan mengambil tempahan baju."Selain itu,kami juga sedang merancang melancarkan jenama baju kami sendiri tidak lama lagi menerusi butik kami,"jelas Cik Saemah,yang turut bertindak selaku penyelia Ain's Pte Ltd.

Khidmat yang ditawarkan lebih ampuh dengan adanya konsultan fesyen yang juga pebimbing sekolah menjahit itu,Cik Normah Darus,yang pernah bertugas di jabatan pakaian stesen televisyen tempatan.Cik Saemah  berkata pakaian yang ditawarkan menyasarkan para pelanggan yang mementingkan mutu.Cik Saemah,berkata sehingga jenama Ain's dilancarkan,pihaknya akan memasarkan busana yang dibekalkan oleh pembekal tempatan.Ketua Pegawai Eksekutif Ain,Haji Mohd Yusoff Ismail,menambah bahawa Ain's Pte Ltd merupakan salah satu projek keusahawanan social yang sedang dirancang."Kami rasa masyarakat lelah memandangkan jumlah badan-badan Melayu/Islam dan masjid yang mengharapkan bantuan.

Oleh itu kami perlu kreatif dalam usaha mengumpul dana,"Katanya.Antara projek yang sedang dalam pertimbangan ialah penubuhan production house menyusuli kejayaan Ain menerbitkan beberapa episode dokumen drama berjudul Mentari tahun lalu.Orang ramai yang berminat membuat tempahan baju boleh menghubungi talian 6342-4824 untuk keterangan lanjut.