
Lebih Banyak Wang Zakat Untuk Belia Dan Keluarga
BERITA HARIAN (16/9/2007)
Lebih banyak wang zakat akan diagihkan kepada badan-badan Melayu/Islam dan masjid tahun ini bagi membolehkan mereka menjalankan program memperkasa dan meningkatkan keupayaan golongan fakir dan miskin.Sekitar $500,000 telah pun diperuntukkan bagi tujuan tersebut,berbanding $400,000 yang diagihkan tahun lalu.Demikian diumumkan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ,Haji Mohd Alami Musa,dalam majlis penyampaian geran tahunan Muis bagi Khidmat Sosial (Magrass) semalam.
Daripada jumlah yang meningkat itu,Muis akan menyalurkan $300,000 kepada lapan badan kebajikan Melayu/Islam yang akan menggunakannya untuk menjalankan 13 program khas bagi memperkasakan belia dan keluarga.Badan-badan tersebut termasuk Persatuan Ain,Pusat Khidmat Keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Jurong,Yayasan Mendaki,Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC),Clubilnya dan Persatuan India Muslim Bersatu (UIMA).
Lagi $100,000 pula akan diberikan kepada masjid-masjid yang akan berkerjasama dengan pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) dan pusat khidmat keluarga (FSC) untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dalam kejiranan mereka.Baki $100,000 pula akan diperuntuk bagi badan-badan dan masjid itu meningkatkan keupayaan kakitangan masing-masing,seperti menghantar kakitangan dan sukarelawan mereka ke kursus-kursus latihan profesianal yang sesuai.
Ketika ditemui,Pengarah Exsekutif Persatuan Ain,Encik Mohd Yusoff Ismail,berkata wang $50,000 yang diterima pihaknya tahun ini akan digunakan untuk membiayai dua program utama-membantu belia berisiko tinggi dan membantu suri rumah berniaga dari rumah untuk meraih pendapatan tambahan."Kami ada satu racangan untuk membuka sebuah kedai bagi membantu keluarga-keluarga ini menjual barang-barang atau keluaran hasil tangan mereka kepada orang ramai,"katanya.Selain bantuan Magrass,Muis juga akan mengagihkan $5.2 juta wang zakat kepada golongan fakir miskin tahun ini.



