
Bukan Tempat Besarkan Anak
BERITA HARIAN (6/12/2009)
Penemuan Berita Minggu (BM) semasa membuat tinjauan di Pantai East Coast dan Changi mengesahkan dapatan badan bantu diri,Persatuan Ain.Bulan lepas,persatuan tersebut telah melawat dua pantai untuk mengenal pasti dan mendekati mereka yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di dua pantai tersebut.Projek Ain itu ialah sebagai persiapan sebelum mereka mengatur langkah terbaik membantu golongan tersebut.Dalam lawatan itu,para pegawai Persatuan Ain telah menemui 16 keluarga Melayu-11 di East Coast dan lima di Changiyang telah tinggal di pantai antara beberapa bulan hingga empat tahun.
Tujuan projek mereka ialah untuk menyalurkan keluarga tersebut kepada program bantuan dengan tumpuan diberikan kepada pendidikan anak-anak.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain,Encik Md Yusof Ismail,berkata pihaknya terdorong untuk menjalankan projek tersebut kerana prihatin dengan nasib anak-anak golongan sedemikian.'Kami tidak terperanjat dengan jumlah keluarga Melayu yang ramai di dua pantai yang kami kunjungi."Malah,kami percaya mereka yang kami jumpa hanya sebahagian sahaja,"katanya.Encik Md Yusof menambah,Persatuan Ain kini akan melawat para penghuni pantai itu sekali setiap dua minggu untuk memberi bantuan asas seperti makanan dan keperluan perubatn."Matlamat jangka panjang kami ialah menubuhkan satu rumah tumpangan untuk anak-anak keluarga ini supaya kebajikan mereka terpelihara.'Di tepi pantai,di dalam khemah,bukan tempatnya untuk membesarkan anak,"tegas beliau.
Para pegawai Persatuan Ain merancang membuat lawatan kedua minggu ini pada sebelah malam pula setelah diberitahu oleh para penduduk pantai itu bahawa lewat malam adalah masa terbaik untuk berjumpa dengan semua penghuni.Sementara itu,Encik Md Yusof berkata meskipun beliau simpati dengan "keadaan hidup ala kaum Badwi" penghuni pantai itu,beliau akur sukar membantu mereka mendapatkan perumahan tetap.Menurutnya, ".... Ada di antara mereka yang telah mengaup keuntungan puluhan ribu dolar dari penjualan rumah,namun akibat perancangan kewangan yang lemah,duit itu habis begitu sahaja .
"Mereka semua mahu menyewa flat bersubsidi dari HDB,tapi ia tidak semudah itu kerana ramai tidak layak mendapat flat sewa tersebut."Masalh perumahan mereka ini bukan sesuatu yang dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat.Lantas,bagi Persatuan Ain,sekurang-kurangnya kami mahu pastikan kebajikan anak-anak mereka terpelihara,"ujar beliau.Tinjauan BM dan Persatuan Ain juga mendedahkan hampir kesemua penghuni pantai itu merupakan keluarga Melayu.Ditanya mengapa masyarakat lain Nampak tidak dibelengu masalah tersebut,Encik Md Yusof berpendapat kaum Cina contohnya,mempunyai sumber bantuan perumahan sementara lain seperti di gereja,kuil dan persatuan suku kaum."Saya juga rasa kaum Cina yang terperangkap dalam keadaan yang sama lebih bijak cari duit..malangnya keluarga Melayu yang kami temui,sebahagian besar mereka tidak bekerja,"keluh beliau,sambil menambah dari Sembilan lelaki dewasa yang ditemui,hanya empat sahaja yang bekerja.



